Sunday, November 29, 2009

nur kasih~

Selamat Hari Raya Qurban, Selamat Hari Raya Aidil Adha, dan Selamat Hari Raya Haji..:P


Ok, walaupun bunyinya dan ejaannya xsama, tetapi maksudnya tetap satu. Ok, sume orang cakap pasal ibadah qurban ini, ramai yang tanye berapa banyak lembu dah korbankan, berapa bnyak kambing dah masuk perut dan berapa bnyak rumah kenduri dah di jelajahi. Huhu..Hari yang penuh dengan makanan, hari yang penuh dengan bau lembu-lembu dan hari-hari yang penuh sesak kat rumah aku sebab semua orang dah balik dan membuat bising. Haha~

Ok, kali ini raya tahun ni aku rasa meriah, sebab ape?Sebab aku keje siang dan malam tlong mak bapak aku, Haha..Selama ni aku pemalas, tapi sejak kebelakangan ni, kerajinan aku untuk menolong makin meningkat naik. Apa tandanya tuh??Hahaha..Saje nak tunjuk kat makcik-makcik kat kampung, aku ni dah jadik anak dara, jadi makcik-makcik leh ah prepare masuk meminang..Haha!Ok..aku guraw..huhu~

Tadi aku jumpe kawan lame aku, dia dah tunang. Percaya atau x, dia adalah member aku yang paling banyak skandal, dan aku belajar menjadik playgurl, adalah hasik tunjuk ajar member aku yang sorang ni. Aku knal dia time aku skola kat muar, dia budak bilik dorm aku, tua setahun tapi aku kan lompat2 jadik aku sebaye la kononnye, haha..tolonglah aku, aku nk mengaku muda boleh?huhu..

Nama member aku ni Nurul ain, anak pakcik Joher, duk kat n9, Kg. Bangkahulu, Gemas. Dia budak yang otai kononnye, hati tough tapi kuat nangis, walau dia suke tolak pale aku dan sekeh2 aku, dan wat aku slalu trikut dan hampir menyekeh kepale mak aku.. (haha..ok, aku tipu!)..Tapi sebab minah ni slamber sambil malu2 kucing, wat aku suka kawan gn dia. Dia seronok kalau nk di ajak mengumpat, dia senang di ajak berborak, dan dia senang blanje aku makan. Hidup gn ain joher selama 2 tahun, sngat2 menyeronokkan. Dia manje, gile-gile, sewel, cantik dan xramai peminat (haha..tipu lagi, dia ramai peminta..aku je x!)..Yang aku taw, ain pemes time dia f5, kalau x dia macm aku, intai org dr atas katil jek.. (haha..ain ko taw pasal aktiviti kita yg suke skodeng budak aspura, walaupon dua-dua rabun)..

Dulu waktu sekolah, ain ada suka kat mamat koop name boy, minat dalam diam je la, sebab ain ni jenis pmalu. Jadik aku gn ain kalau nk tgok boy, slalu usyar dari atas katil sebb dorm kitorang plneng strategik, depan aspura dan boleh nmpak lelaki-lelaki yang xberapa gantang jalan-jalan pegi makan..Haha!Ok, kantoi aku suke skodeng~tapi aku skodeng je, sebb budak laki suke tunjuk body diorang yang karat then kami pon start buat mesyuarat tingkap. Tapi aku suke, sebb bukan je dapat tgok body yang karat2, tapi dapat membuat ketupat lagi. Weh, korang ingat senang ke nk jadi perempuan?Banyak bnde kene titik beratkn supaya mesyuart tingkap berjaya dilaksanakn taw..Haha!Aku suke waktu tuh, memang xboleh lupe~

Dalam ramai-ramai, Ain memang disayang ramai. Sebab dia memang suke bercakap walaupon dia kerek, dia sengal dengan kawan-kawan rapat dia, dulu akt xrapat dan dulu aku xkawan gn dia sebab dia xpemes. Dia pon xsuke kawan aku sebab aku ni bisng sangat walaupon xpemes. Tapi skang kami kawan kamceng sebab kami sekepla.

Ain sangat syang aku (haha..aku perasan! Terima kasih!)..Ain kawan aku yg beli besday cake yg kecik tuk aku, Ain kawan aku yang kene sama ape yang aku rasa, Ain kawan aku yang xpernah nak sakitkan hati aku, Ain kawan aku yang akan tolong aku bila aku susah, Ain kawan aku yang paling aku syang, dan Ain kawan aku yang paling wat aku rasa bahagia kalau dia bahagia. Apa masalahnya dengan kita yang berjauhan?Sebab, walau aku jauh gn ain, jarang kol, jarang msg. tapi ain memang ade tempat dalm ati aku.

Dan arini Ain yang aku syang dah jadik tunang orang. Dan aku xpercaya!!!Demm ain, asal ko tunang dulu?Asal xde orang yang xnak kat aku??huhu~ST..cepatlah masuk meminang!:p

Sebenarnya, aku nak citer pasal cerita drama nur kasih yang emnjadi kegilaan ramai orang, termasuk budak lelaki kelas aku. Haha!Dan secara jujurnya, aku xsuke cerita tuh, aku xsuke adam, aku xsuke sarah. Haha~

Adam : lelaki paling dayus aku pnah jumpe, dia poyo!dahla tinggalkn bini tanpa pesan, dia yang wat katrina hilang anak, dia wat katrina sakit, dia yang wat katrina benti blaja semata-mata nk kasik Adam belajar sampai abes, after dia wat katrina guur, dia tinggalkn katrina sorng-sorang. Kesian katrina!pastuh, tetibe dia suke plak kat nur, nur plak ok je. .Tapi kalau aku jadik Nur, aku akan say NO..Sebab benda aku pleng benci dalam hidup adah KECEWA..huhu..geramnya kat Adam tuh, asal dia xmau trus trang, nak simpan katrina. Katrina is a good girl actually, banyak dia nk blaja pasal Islam, tapi Adam macam gampang, marah-marah bila katrina tanya. dan tiba-tiba jatuh cinta balik gn NUr. Hey lelaki, xboleh stick pada satu ke?Nak jugak kaut dua2. Lepas tuh, dia pulak yang over xmau duk serumah gn nur n katrina. Aku admit, dia bgus xnak kasik dua2 hidup serumah. Tapi okay!aku snagt benci lelaki macm ni, dan adik aku cop aku EMO!!!!haha...

Sarah: ok, dia mmang bgus dalm bab memporak perandakan hidup orang, dan watak dia seswai gn orangnya. Memang bes!haha..sebab dia buat aku benci kat watak dia..thumbs up!

Bagi aku cerita nur kasih ni memang thumbs up la. Cast dia bgus2, haha..Tapi aku benci realiti, aku xnak sakit hati, aku bukan orang yang sabar, sebab aku xsuke berkongsi. Sebab slame ni aku dah slalu kongsi-kongsi gn adik bradik aku, jadik bile aku dah kawen, aku xnak kongsi2 laki aku, kecuali gn mak bapak dia la, kompem la aku kne kongsi. Tapi, aku xnak dia suke perempuan lain selain aku, sebab nanti aku rasa aku akan jadik macam nur..haha..xsampai hati seh!!dan aku harap aku xjumpe orang mcm sarah, aku rasa nk hentak2 kasik biol. Hey!mcamla xde laki lain kat dunia, terimalah hakikat, Aidil xsuke ko!haha..Ok..aku EMO balik..haha~

Ok2, kepala aku dah pening makan lembu bnyak sangat. Kepada lelak-lelaki yang rasa ensem dan single, i single lagi, silalah masuk meminang.haha~ (aku guraw!)..OKla..aku malas nk tulis...Selamat Malam...:P

Wednesday, November 11, 2009

mode: sedang senyum..:)




I heart this song...:P

Monday, November 9, 2009

rasa yg mati~

tiba-tiba pagi tadi, aku ada rasa lain mcam sikit, dari rasa girang tukar jadik hening..haha~aku dah agak, rasa ini akan datang punye..hmmm~

Aku ade satu masalah dalam diri aku yang bile aku suke kat org, tiba-tiba rasa suke itu akan mati dengan sendiri. Aku pun xpasti dengan rasa ini. Tiba-tiba aku gembira, tiba-tiba aku nak rasa jatuh cinta, tiba-tiba aku rasa di awang-awangan, dan secara tiba-tiba semua rasa itu mati..haha..plek bukan?

Aku rasa aku juga sedang mencari apa yang aku mahu dalam hidup, apa yang aku suka. Sisa takut masih ada dlam diri, yang batas perjalanan aku. Rasa takut buat aku lemah nk gapai bintang tinggi, dan rasa takut jatuh buat rasa "ingin" jadi mati. Perlukan aku buang takut ini, atau aku biar waktu tentukan segala??

Ada orang tanya, kenapa aku obses dengan superhero. Sebab aku rasa superhero aku akan tolong selamatkan dunia aku, akan ada waktu aku hilang percaya pada dri sdri, waktu aku roboh, waktu aku hancur, waktu aku girang, waktu aku senyum, dan semua waktu dia ada kat sisi aku. Tapi perjalanan nk mencarik superhero adalah seperti perjalanan merentas universe yang mana kalau xcukup peralatannya, akan cuma terawang-awang di langit yg zero graviti.

Aku xmau hidup dalam awang-awangan, aku mahu hidup pijak tanah. Aku rasa biar waktu tentukan hidup aku. Biar rasa ini mati sahaja...ok kan?

Sunday, November 8, 2009

sedang senyum

lenka- dont let me fall





P/S: My superhero..please dont let me fall...:)

Saturday, November 7, 2009

dan bila mimpiku mati

Tajuk lagu: Mimpi yang mati - Bliz


Pernah tak korang terpaksa bangun dari mimpi yang sempurna?

Kadang-kadang bila kita xmampu atau x boleh nk menggapai sesuatu, bagi kita, cukuplah sekadar bermimpi sahaja. Tapi bila mimpi itu indah-indah, kita akan rasa macam xnak bgun dr tempat tidur, dan bile kita bangun, kita akan rasa kecewa, sebab itu semua mimpi je. huhu~ peli k! Sebab bile kita mimpi, kita boleh jadik superman, kite boleh fikir atau buat tindakan ikut perasaan kita, kita boleh corakkan rentak nya ikut otak kita. Walaupun aku xberapa arif tentang mimpi-mimpi ni, cume yang aku tahu, mimpi merupakan satu anugerah Allah yang paling istimewa. Sebab bagi aku, mimpi fungsinya macam-macam. Kadang-kadang boleh jadi mainan tidur (mainan syaitan), kadang-kadang boleh bg petanda (cthnya: dejavu, kita mimpi perkara tersebut sebelum ia berlaku), kadang-kdang bila penat atau kita tertido memikirkan sesuatu, ia juga boleh terbawak-bawak dalam mimpi..huhu..pelik bukan?

Kat sini aku bukan nk memebebel pasal mimpi, tapi ada satu lagu yang buat aku rasa jatuh cinta. Lagu kat atas ade lirik yang sangat best, yang cume bila dia terjaga, ianya adalah sebuah mimpi je. Bertemu seseorang yang kita suka, menyukai dan mencintai, tapi bila dia sedar itu cuma mimpi, dia sanggup xnak bangun dari mimpi itu. Sebab dia rasa mimpi itulah paling indah. Tapi ironi mimpi, akan hilang bila sudah terjaga. Bile bening subuh muncul dan kita terjaga dari mimpi, ade certain time kita akan rasa xnak bangun dari mimpi tersebut. Tapi apakan daya, manusia bukan boleh hidup dengan asyik bermimpi sahaja.

Realiti dunia, berpijak pada bumi yang nyata. Itulah sebenarnya yang kita sebagai manusia patut hadapi. Mimpi cume kadang-kadang satu ilusi yang wat kita bahagia, even sekejap. Dan pagi tadi, aku harap aku dapat tidur sepanjang hari...*sigh*




Aku mahu superhero yang akan datang selamatkan aku waktu aku jatuh..rasa-rasa superhero itu wujud x???