Tuesday, August 31, 2010

.....................................................................





Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )

Saturday, July 10, 2010

kebahagiaan dalam perpisahan

Wednesday, June 23, 2010

childish

Sorry..Aku rasa entry beberapa hari lepas xreleven langsung. Aku mintak maaf kalau ada yg tersinggung membaca entry aku yang lepas. Sebenarnya entry tu bukan untuk sesiapa, tapi aku cuma tulis nak luahkan je, tapi ada yang salah faham, so dari menyebabkan kehidupan aku jadi kucar kacir, dengan orang yang salah faham dan berkecil hati, aku delete entry tersebut. Jadi, aku mintak maaf kepada sesiapa yang terluka hatinya, yang terasa entry tersebut ditujukan untuk anda, tapi sebenarnya bukan. So, maaf sekali lagi.

Dan aku juga kata entry tuh xrelevan sebab nampak sangat aku childish. (Konon xsuka orang emo, padahal diri sendiri lagi emo kot). Huhu..Biasa ah perempuan kan, bende kecik pon boleh jadi besar. Terpijak kaki pon boleh merajuk seminggu, inikan pula terguris hati. Mahu sampai mati ingat kot. Haha~ Okay2, xrelevan langsung..Huhu..

Semalam kawan lama aku ade offer diri nak masuk meminang aku. Haha~ Ok! Ini serius lawak. Aku tak tahu lah dia betul2 ke tipu, tapi macam main-main je. Huhu. Seriously, aku memang rasa nak kawen, tapi rasa nak kawen dengan org yang aku suka ah. Hihi. Mesti best kan? Sejak aku kenal someone, aku dah mula berangan-angan. Dulu aku xpenah pun berangan pasal nak kawen, nak ada relationship yang serius pon aku taknak. Sebab aku ni bukan orang yang suka ada komitmen. RIMAS. Yela, maybe sebab aku memang selesa berkawan rapat gn sume org, leh kuar je gn sesape, leh bergelak ketawa bersama sesiapa, dam mungkin juga sebab kebanyakan kawan-kawan aku adalah lelaki dan aku tak rasa aku perlukan someone untuk jadi kekasih aku. Aku malas nak dengar pasal cemburu2 buta ni, gaduh2 sebab kawan2, huhh...bosan! So, aku memang xsuka komitmen ah senang cite.

Tapi semuanya berubah, haha..Maknanya aku dah ready kot nak ada serius relationship. Tapi...ha..masalahnye..ade ke nak orang yang macam aku ni? Perangai serupa lelaki, selebet, pendek, gemuk, banyak jerawat, xcantik. Hmmm~ Mesti tak ada kan? Kalau ada pun, kompem dia memang xbetul. Haha! (ST, jangan marah..:P)...Bila kita dah ready, tapi masa pulak yang jadi masalah. Tapi xpe, kalau ade jodoh xkemana kan? Selagi aku masih kuat, dan hati aku masih sayang, aku akan kotakan janji-janji aku. Tapi andai hati aku tak kuat, dan kasih aku berkurang, aku mintak maaf. Mungkin bukan jodoh kita. Huhu~

Semalam bila aku selak2 pasal entry perkahwinan segala bagai, aku jadi takut. Ok, berat gak tanggungjawab seorang isteri, tapi berat lagi tanggungjawab seorang suami. Pada umur 22 tahun, aku tak rasa aku mampu untuk menjalani tanggungjawab tersebut. So, aku harap 3tahun akan datang, aku dah lebih matang untuk menjalani kehidupan aku. Huhu..Doakan aku ya??

Beberapa hari ni, aku cuba untuk digged out my weakness and and my strength. I also try to construct my own agenda in life. Aku nak ada perancangan rapi dalam hidup, dan setakat ni, ade bebarapa goal yang ingin aku capai dalam hidup aku. Antaranya:

  1. Apply keje yang releven dengan kos aku, dan kalau boleh aku nak area yang luar dari Melaka. Aku nak cuba hidup berdikari sendiri.
  2. Sambung Master if aku xjumpe keje yang sesuai dalam masa 6bulan. I guess cam nak ambil MBA, but tengok keadaan macamana, and aku juga mungkin kene tanye pendapat ramai sebelum membuat keputusan, Universiti pilihan pun mungkin luar dari MElaka, dan terasa mahu ke Jepun ah..huhu..
  3. Married in the age of 25..(Insya-Allah). Hope that time aku nye financial status dah stabil ah.
  4. Berenti keje in the age of 29, and belajar nak bukak bakeri. Home cook bakeri pon boleh kot.
  5. Open up my own bakery shop in the age of 30..Lagi bes kalau style ala2 Jco..hihi...
  6. Pakai Accord in the age of 35..yeyy!!
  7. Having 5 children, 3boys 2 gurls...(^_^)..
  8. Having a blast life with my love one till I die...(^_^)
  9. and at the same time, help my family in any way, if they need my help...:)..

Huhu..9 bende yang aku nak capai dalam hidup aku, dan list ni mungkin akan bertambah dan akan berkurang. Tapi setakat ni, ini lah goal aku sendiri....Anda pula bagaimana???


Monday, March 8, 2010

post yang paling bosan

my home sweet home (Argghh!!rindunye kat buaian, gelongsor, jongkang-jongkit. yang 2 orang budak tuh, aku gn adik aku konon-konon main kat depan rumah, berlakon!!haha~)

my current home (this picture taken time raya thun lepas, thanks to jamie..(^_^))




Dah lama rasanya xupdate blog neh. Macam dah bersawang-sawang, berhabuk segala bagai la. Actually bukan xnak update, cume..MALAS...Haha~jujur gile kot. Lagipun menulis memerlukan daya kerajinan yang tinggi, rasa menulis tuh selalu ada, idea pon macma bnyak-banyak je, tapi bila dah manaip separuh jalan, idea jadi mati. Huhh! Ntah ape2, last2, after try 2 3 kali, aku dah fed up dah menaip. Trus delete je entry separuh jalan tuh.

Well, 23 feb aritu, genaplah umur aku 21. Eh!silap. 22 dah..haha, rasa macam tua la plak. Dah umo 22 dah, dah boleh kawen dah (bak kata mak aku), dah kene keje dah, dah kene jadi rajin dah. Adeh!! Thanks la pada kawan-kawan fb yg rajin meng-wish, pada kawan-kawan yang msg and pada kawan-kawan yang aku paksa nyanyi lagu besday untuk aku. Haha!! Besday tahun rasa macam pelik, sebab xde sorang pon bg kek, tapi aku xkesah pon. Sebab aku dpat hadiah paling bes dalam hidup. Tapi tu biarlah rahsia, biar aku sorang je yang tahu ape hadiah tuh..Tapi aku suke la, walaupun nampak biasa, tapi aku suke..(gelak smbil wat muke gatal.)

Hmm, tahun ni kitorang xcelebrate, sebab time besday adik , bapak aku dah wat kenduri, actually besday aku gn adik aku dekat2 je, selang 3 hari. Adik aku besday dia 26hb, so biasanya memang kitorang akan celebrate lambat. Biasanya celebrate skali dengan adik aku, tapi xkesahla tuh. Tahun lepas abah still blanje kek lagi, tapi tahun ni kak su plak yang belanja kitorang, hahaha..nasebla sape yang dah bekerja tuh kn?Cume xde kek la. Dapat Jco pon jadikla..:D


me n my adik yang gemok kat Stone-grill


Well, first skali pergi tgok Valentine's day, dahla tgok cerita jiwang, padahal aku gn adik single kot. Tgok org jiwang-jiwang rasa mcm loser jek. Tapi cite tuh boleh la tahan. sempoi la gak. yang peling bes aku suke satu conversation diorang, yang time ashton kutcher tnye kat kawan dia, camne kawan dia nye married leh kekal lame, pastu kawan dia cakap, "I married with my best friend". Ha!!Suke-suke. Tapi biasanyalah kan, bila kita kawen dengan bestfriend kita, mesti rasa hepi, mesti boleh kekal lama. Tapi xsemua la. Ade jugak yang xkekal, contohnya cam aku ni hah. ahhh!!Ape-ape je lah, malas nak piki.



Valentine's Day


Sebenarnya, aku pon xtaw ape motif aku tulis post neh, maybe saja nak mengisi masa yang terluang. Terluang ah sangat, padahal aku ngah bosan nak buat PSM ni. Ok, aku cume ade mase 3 minggu je lagi untuk siapkan keje yang bertangguh 3bulan. Hahh!!hebat x hebat aku ni?Hebat kan??Aku pon rasa aku hebat. Tapi xhebat sangat sebab belum siap lagi. Gile ahh! Tu lah, wat keje bertangguh lagi.

Tadi aku dapat coklat, kotak coklat bentuk hati. Nani kata "Romantiknya". Aku kata, "yeke??". Hahaha. Isk, aku rasa aku dah lame xdapat coklat, dah 2 tahun kot. Last skali ex aku yang bagi. Huhh~ Lamenye. Tapi kan aku rasa aku kagum dengan diri sendiri, lame jugak aku men-single ni. Dulu rasa hidup aku kosong, yela, xde orang nak layan, xde orang nk amek kesah. Tapi sekarang, aku rasa hepi je. Haha. Kenapa ek??

Hm..Aku baru perasan sebenarnya, aku nye blog ni xde gambar. Haha! Malas benonye nak upload picture. Tadi time aku selak-selak album lame-lame. Aku rasa rindu pada budak-budak yang intern kat ctrm, ema, oden, ben, ela, faruq, jama, din. Iskk..Bile lah boleh jumpe-jumpe. Nanti dah keje kompem susah nak jumpe. Dahla dorang tuh sume-sume hebat2. Iskk!

Ela, Oden, aku, Ben, Ema (Budak bilik Filing)


Tapi aku paling rindu kat ST la, rasa lama je tak jumpe dia. Hehehehe. ST, Jom dating Jom!!!(^_^)

Ok, tu je nk cite..da~


Tuesday, January 26, 2010

a word

If we're friend,
then I can call you up and sees you whenever I want to..right?

If we're friend,
then when I'm struggling, you can be by my side..right?

If we're friend,
when you're struggling..I can help you right?

If we're friend,
we can do things that we can't do, together...right?


Love can be separate, but friends are forever..(^_^), and I want to e your closest friends forever..

Please be happy...



-Stairways to heaven-

Monday, January 11, 2010

Kau-Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa


Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu

Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti


Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh.


Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti


Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

-Aizat-





Hahh!truely bait2 lirik lagu ini amat bermakna buat aku. Aku gembira dan seronok. Bahagia semua pun ada. Hehe!

Selamat pagi sayang, semoga apa yang kamu cari, kamu jumpa...(^_^)..Walau apa2 pun jadi, kamu tetap kawan aku yang tersayang.