Sunday, April 17, 2011

Penatt

Penat..one word described my whole young life. have you ever feel tired on something but have to keep it up until ends?

Putus harapan ataw kecewa?

Penat dengan keadaan sekeliling? Kawan-kawan, kekasih hati, keluarga yang tak memahami?

Itu mungkin aku seorang yang pernah rasa semua itu. Entah..

Apa yang aku nak dalam hidup?
Duit yang banyak? Gaji beribu-riban? suami yang soleh dan boleh membimbing? keluarga yang supportive? Kawan-kawan yang boleh susah senang bersama?

Semua tuh bukan milik aku sekarang. yang buat aku rasa penat nak daki gunung tinggi, nak berharap pada benda yang tak pasti, nak capai cita-cita, nak hidup bahagia.

Mungkin pencarian aku masih belum terhenti, mungkin aku kena mengalir airmata darah untuk kecapi semua itu. Tapi kenapa aku perlu menangis? Dimanakah hilangnya semangat yang aku tanam beberapa tahun lepas? Manakah semua itu?

Kekeliruan, Kecelaruan antara kehendak hati dan realiti. Antara ego dan kasih. Antara emosi dan kesabaran.

Aku mungkin semakin lama semakin emosi. Aku luahkan semua yang aku tak puas hati menjadi satu. Aku mudah melenting dan kesabaran semakin lama semakin terhakis.

Dimanakah senyum dan tawa itu?

Perlukah aku jenguk kembali sejarah-sejarah gembira aku? ataw aku biar kelam menghantui diri.

Perlukah aku cuba langkah baru ataw genggam apa yang ada sekarang?

Perlukah aku lakukan kesilapan yang sama berulang kali untuk aku sedar kemanisan hari ini adalah dari kepahitan semalam? dan adalah langkah yang aku akan aku ambil akan jadi satu kesilapan juga?

Perlukah aku bersabar lagi hari ini untuk gembira hari esok walaupon aku tak pasti apakah aku akan ketawa ataw menangis?

Adakah cinta yang aku rasa hari ini adalah simpati ataw memang btul cinta mati?

Hari ini aku menangis. ya, menangis untuk diri aku. menangis memikirkan masa depan aku, kerjaya aku, kisah cinta aku, family ku. Ini yang buat hari aku rasa kelam.

hari ini aku sedar yang apa yang kita nak dlam hidup tak mungkin kita boleh genggam semuanya. Setiap orang berbeza pendapat dan juga perwatakan. Mungkin kita xboleh nak buat orang suka kat kita seadanya, mungkin juga bukan mudah untuk minta orang berubah sedangkan diri sendiri tidak sebagus mana..*sigh*

Hidup juga selalunya memeksa kita untuk membuat pilihan. jalan A ataw Jalan B. or mungkin juga Jalan C. Dimana satu-satunya jalan itu jika kita pilih mungkin akan memberi kesan pada hidup kita. Mungkin Jalan A itu jalan mati, yang mana kita pilih jalan itu kita stuck di tengah-tengah dan xboleh berundur. Ataw mungkin Jalan B yang kita rasa bagus, kondisi jalan, smooth dan tiada lubang-lunag tapi perjalanannya agak jauh dari destinasi yang kita tuju. atau mungkin jalan C yang dekat dengan destinasi tetapi perlu melalui laluan yang sukar. yang ada turun naik dan mungkin juga jalan yang salah untuk kita pilih. mana-mana jalan yang akan kita pilih adalah kemungkinannya seperti jalan hidup kita juga. Aku sendiri sekarang berada di persimpangan antra tiga jalan tersebut. Aku keliru dan penat untuk berfikir, manakah jalan yang perlu aku lalui.

Aku perlukan semangat, aku perlukan tempat bersandar, aku perlukan teman untuk curahan hati, aku perlu seseorang yang buat hati aku tenang. dan mungkin aku cuma perlu Allah SWT sahaja...kan? Mungkin itu adalah jawapan yang aku cari. Mungkin dia sahaja yang tahu apakah jalan yang perlu aku pilih. Ya..Hati kuatlah..mari kita bersama jalani hidup ini.

P/S: Semoga aku diampunkan, semoga keluargaku diampunkan, semoga rakan-rakanku diampun kan dan juga ditenangkan hatinya, dan semoga kekasih hatiku diampunkan, dirahmati dan dimurahkan rezeki. Amiin.

P/S : kepada kamu yang pernah aku sakiti tanpa aku sedari, aku memohon kepada kamu, maafkan insan hina ini, aku bukan perfect malah lebih banyak keburukan, tetapi aku dengan lantangmya berkata seperti kau kaca dan akulah permata. Tapi mungkin sebenarnya akulah kaca dan kau lah permata. maafilah aku. So Sorry.

1 comments:

  1. memadailah Allah tempat kamu bersandar..
    tiada cinta yg plg agung dr cinta Allah
    Tiada pengenalan yg lebih hebat dari kenal Allah..
    bila Allah dihati kamu...
    Segalanya akan kamu serahkan pd dia...diri kamu, masa kamu, hati kamu, tenaga kamu...
    tujuan hidup adalah ikhlas, redha dan meraih cinta Allah..
    lari dr manusia, dunia dan nafsu...

    semoga kamu meraihkan nya...

    ReplyDelete