Wednesday, June 23, 2010

childish

Sorry..Aku rasa entry beberapa hari lepas xreleven langsung. Aku mintak maaf kalau ada yg tersinggung membaca entry aku yang lepas. Sebenarnya entry tu bukan untuk sesiapa, tapi aku cuma tulis nak luahkan je, tapi ada yang salah faham, so dari menyebabkan kehidupan aku jadi kucar kacir, dengan orang yang salah faham dan berkecil hati, aku delete entry tersebut. Jadi, aku mintak maaf kepada sesiapa yang terluka hatinya, yang terasa entry tersebut ditujukan untuk anda, tapi sebenarnya bukan. So, maaf sekali lagi.

Dan aku juga kata entry tuh xrelevan sebab nampak sangat aku childish. (Konon xsuka orang emo, padahal diri sendiri lagi emo kot). Huhu..Biasa ah perempuan kan, bende kecik pon boleh jadi besar. Terpijak kaki pon boleh merajuk seminggu, inikan pula terguris hati. Mahu sampai mati ingat kot. Haha~ Okay2, xrelevan langsung..Huhu..

Semalam kawan lama aku ade offer diri nak masuk meminang aku. Haha~ Ok! Ini serius lawak. Aku tak tahu lah dia betul2 ke tipu, tapi macam main-main je. Huhu. Seriously, aku memang rasa nak kawen, tapi rasa nak kawen dengan org yang aku suka ah. Hihi. Mesti best kan? Sejak aku kenal someone, aku dah mula berangan-angan. Dulu aku xpenah pun berangan pasal nak kawen, nak ada relationship yang serius pon aku taknak. Sebab aku ni bukan orang yang suka ada komitmen. RIMAS. Yela, maybe sebab aku memang selesa berkawan rapat gn sume org, leh kuar je gn sesape, leh bergelak ketawa bersama sesiapa, dam mungkin juga sebab kebanyakan kawan-kawan aku adalah lelaki dan aku tak rasa aku perlukan someone untuk jadi kekasih aku. Aku malas nak dengar pasal cemburu2 buta ni, gaduh2 sebab kawan2, huhh...bosan! So, aku memang xsuka komitmen ah senang cite.

Tapi semuanya berubah, haha..Maknanya aku dah ready kot nak ada serius relationship. Tapi...ha..masalahnye..ade ke nak orang yang macam aku ni? Perangai serupa lelaki, selebet, pendek, gemuk, banyak jerawat, xcantik. Hmmm~ Mesti tak ada kan? Kalau ada pun, kompem dia memang xbetul. Haha! (ST, jangan marah..:P)...Bila kita dah ready, tapi masa pulak yang jadi masalah. Tapi xpe, kalau ade jodoh xkemana kan? Selagi aku masih kuat, dan hati aku masih sayang, aku akan kotakan janji-janji aku. Tapi andai hati aku tak kuat, dan kasih aku berkurang, aku mintak maaf. Mungkin bukan jodoh kita. Huhu~

Semalam bila aku selak2 pasal entry perkahwinan segala bagai, aku jadi takut. Ok, berat gak tanggungjawab seorang isteri, tapi berat lagi tanggungjawab seorang suami. Pada umur 22 tahun, aku tak rasa aku mampu untuk menjalani tanggungjawab tersebut. So, aku harap 3tahun akan datang, aku dah lebih matang untuk menjalani kehidupan aku. Huhu..Doakan aku ya??

Beberapa hari ni, aku cuba untuk digged out my weakness and and my strength. I also try to construct my own agenda in life. Aku nak ada perancangan rapi dalam hidup, dan setakat ni, ade bebarapa goal yang ingin aku capai dalam hidup aku. Antaranya:

  1. Apply keje yang releven dengan kos aku, dan kalau boleh aku nak area yang luar dari Melaka. Aku nak cuba hidup berdikari sendiri.
  2. Sambung Master if aku xjumpe keje yang sesuai dalam masa 6bulan. I guess cam nak ambil MBA, but tengok keadaan macamana, and aku juga mungkin kene tanye pendapat ramai sebelum membuat keputusan, Universiti pilihan pun mungkin luar dari MElaka, dan terasa mahu ke Jepun ah..huhu..
  3. Married in the age of 25..(Insya-Allah). Hope that time aku nye financial status dah stabil ah.
  4. Berenti keje in the age of 29, and belajar nak bukak bakeri. Home cook bakeri pon boleh kot.
  5. Open up my own bakery shop in the age of 30..Lagi bes kalau style ala2 Jco..hihi...
  6. Pakai Accord in the age of 35..yeyy!!
  7. Having 5 children, 3boys 2 gurls...(^_^)..
  8. Having a blast life with my love one till I die...(^_^)
  9. and at the same time, help my family in any way, if they need my help...:)..

Huhu..9 bende yang aku nak capai dalam hidup aku, dan list ni mungkin akan bertambah dan akan berkurang. Tapi setakat ni, ini lah goal aku sendiri....Anda pula bagaimana???