Monday, March 8, 2010

post yang paling bosan

my home sweet home (Argghh!!rindunye kat buaian, gelongsor, jongkang-jongkit. yang 2 orang budak tuh, aku gn adik aku konon-konon main kat depan rumah, berlakon!!haha~)

my current home (this picture taken time raya thun lepas, thanks to jamie..(^_^))




Dah lama rasanya xupdate blog neh. Macam dah bersawang-sawang, berhabuk segala bagai la. Actually bukan xnak update, cume..MALAS...Haha~jujur gile kot. Lagipun menulis memerlukan daya kerajinan yang tinggi, rasa menulis tuh selalu ada, idea pon macma bnyak-banyak je, tapi bila dah manaip separuh jalan, idea jadi mati. Huhh! Ntah ape2, last2, after try 2 3 kali, aku dah fed up dah menaip. Trus delete je entry separuh jalan tuh.

Well, 23 feb aritu, genaplah umur aku 21. Eh!silap. 22 dah..haha, rasa macam tua la plak. Dah umo 22 dah, dah boleh kawen dah (bak kata mak aku), dah kene keje dah, dah kene jadi rajin dah. Adeh!! Thanks la pada kawan-kawan fb yg rajin meng-wish, pada kawan-kawan yang msg and pada kawan-kawan yang aku paksa nyanyi lagu besday untuk aku. Haha!! Besday tahun rasa macam pelik, sebab xde sorang pon bg kek, tapi aku xkesah pon. Sebab aku dpat hadiah paling bes dalam hidup. Tapi tu biarlah rahsia, biar aku sorang je yang tahu ape hadiah tuh..Tapi aku suke la, walaupun nampak biasa, tapi aku suke..(gelak smbil wat muke gatal.)

Hmm, tahun ni kitorang xcelebrate, sebab time besday adik , bapak aku dah wat kenduri, actually besday aku gn adik aku dekat2 je, selang 3 hari. Adik aku besday dia 26hb, so biasanya memang kitorang akan celebrate lambat. Biasanya celebrate skali dengan adik aku, tapi xkesahla tuh. Tahun lepas abah still blanje kek lagi, tapi tahun ni kak su plak yang belanja kitorang, hahaha..nasebla sape yang dah bekerja tuh kn?Cume xde kek la. Dapat Jco pon jadikla..:D


me n my adik yang gemok kat Stone-grill


Well, first skali pergi tgok Valentine's day, dahla tgok cerita jiwang, padahal aku gn adik single kot. Tgok org jiwang-jiwang rasa mcm loser jek. Tapi cite tuh boleh la tahan. sempoi la gak. yang peling bes aku suke satu conversation diorang, yang time ashton kutcher tnye kat kawan dia, camne kawan dia nye married leh kekal lame, pastu kawan dia cakap, "I married with my best friend". Ha!!Suke-suke. Tapi biasanyalah kan, bila kita kawen dengan bestfriend kita, mesti rasa hepi, mesti boleh kekal lama. Tapi xsemua la. Ade jugak yang xkekal, contohnya cam aku ni hah. ahhh!!Ape-ape je lah, malas nak piki.



Valentine's Day


Sebenarnya, aku pon xtaw ape motif aku tulis post neh, maybe saja nak mengisi masa yang terluang. Terluang ah sangat, padahal aku ngah bosan nak buat PSM ni. Ok, aku cume ade mase 3 minggu je lagi untuk siapkan keje yang bertangguh 3bulan. Hahh!!hebat x hebat aku ni?Hebat kan??Aku pon rasa aku hebat. Tapi xhebat sangat sebab belum siap lagi. Gile ahh! Tu lah, wat keje bertangguh lagi.

Tadi aku dapat coklat, kotak coklat bentuk hati. Nani kata "Romantiknya". Aku kata, "yeke??". Hahaha. Isk, aku rasa aku dah lame xdapat coklat, dah 2 tahun kot. Last skali ex aku yang bagi. Huhh~ Lamenye. Tapi kan aku rasa aku kagum dengan diri sendiri, lame jugak aku men-single ni. Dulu rasa hidup aku kosong, yela, xde orang nak layan, xde orang nk amek kesah. Tapi sekarang, aku rasa hepi je. Haha. Kenapa ek??

Hm..Aku baru perasan sebenarnya, aku nye blog ni xde gambar. Haha! Malas benonye nak upload picture. Tadi time aku selak-selak album lame-lame. Aku rasa rindu pada budak-budak yang intern kat ctrm, ema, oden, ben, ela, faruq, jama, din. Iskk..Bile lah boleh jumpe-jumpe. Nanti dah keje kompem susah nak jumpe. Dahla dorang tuh sume-sume hebat2. Iskk!

Ela, Oden, aku, Ben, Ema (Budak bilik Filing)


Tapi aku paling rindu kat ST la, rasa lama je tak jumpe dia. Hehehehe. ST, Jom dating Jom!!!(^_^)

Ok, tu je nk cite..da~


Tuesday, January 26, 2010

a word

If we're friend,
then I can call you up and sees you whenever I want to..right?

If we're friend,
then when I'm struggling, you can be by my side..right?

If we're friend,
when you're struggling..I can help you right?

If we're friend,
we can do things that we can't do, together...right?


Love can be separate, but friends are forever..(^_^), and I want to e your closest friends forever..

Please be happy...



-Stairways to heaven-

Monday, January 11, 2010

Kau-Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa


Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu

Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti


Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh.


Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti


Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

-Aizat-





Hahh!truely bait2 lirik lagu ini amat bermakna buat aku. Aku gembira dan seronok. Bahagia semua pun ada. Hehe!

Selamat pagi sayang, semoga apa yang kamu cari, kamu jumpa...(^_^)..Walau apa2 pun jadi, kamu tetap kawan aku yang tersayang.

Thursday, December 31, 2009

so-call-goodbye

Hari ini hari terakhir di tahun 2009. Esok mula masuk tahun baru, maknanya semakin bertambah usia hidup di muka bumi ini. Terima Kasih Tuhan!

Bila kenang-kenang balik diari hidup aku selama di tahun 2009, aku rasa, hidup aku lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Sebab tahun 2009, adalah tahun aku menjadi lebih dewasa dari tahun 2008. Aku lebih berani berkata-kata, aku lebih berani berkawan, aku lebih berani memberi pendpat, dan paling penting, aku semakin berani untuk teruskan hidup yang lebih mencabar.

Tahun 2009, aku kenal dengan ramai-ramai orang, sebab aku ber"internship" di CTRM. Aku kenal ema (my sister), oden (source of darkness), ben (boy band), ela (backhand gurl), jama (kisah si lipas yang sesat), faruq (mata-mata). Selama 7 bulan bersama diorang, dah macam sebati dalam diri aku. Kat CTRM, ajar aku menjadi lebih berani, lebih expose diri dan belajar menunjukkan diri aku yang sebenar. Macam-macam memori dalam hidup aku yang xboleh nak lupe, mungkin sebab aku xpernah serapat, atau sebaik dengan orang lain sebagaimana aku rapat atau sebaik dengan mereka yang aku sebut di atas, dan aku sangat-sangat bersyukur aku dapat CTRM, walaupon bekerja cuma sebagai kerani. Tapi seronok bergosip dan makan-makan free itu paling jelas terasa hingga kini. Dan hubungan kami-kami masih lagi seperti dulu walaupun masing-masing sibuk dengan life masing-masing. Huhu~

After internship, masuk sem baru, semua dengan semangat baru nk berPSM. After intern, hampir semua budak kelas aku kata aku dah berubah. Maybe aku menjadi lebih berani dan maybe aku jadi terlalu open? Aku pun tak tahu, tapi aku rasa gembira dan bersemangat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin penangan final year dan aku rasa xmahu menjadi LOSER. Maybe?

Dan satu lagi bat aku bahagia ialah bersama kembali dengan orang-orang yang aku sayang dulu. Segala kekusutan yang berlaku antara kami semuanya sudah terlerai, dan aku harap tiada lagi drama swasta yang akan berlaku. amiiin.

Ok, at the end of the year, satu lagi berita gembira bagi diri aku sebab aku jumpa seorang kawan yang sangat baik. Yang pada awalnya, aku xpernah perasan kewujudan dia walaupon kami selalu bersama. Chewaahh!Haha. Tapi sekarang aku ada kawan baik, dan aku takkan hilang dia macam aku hilang wan dulu. Dan aku takkan ulang perangai lama sebab aku taknak aku hilang diri lagi sekali. Cukuplah aku rasa bahagia macam ni, dan walau aku tahu mungkin aku dengan dia xkan lebih dari seorang kawan, tapi cukuplah aku rasa sebahagia ini. Terima Kasih pada kau yang sudi berkawan dengan budak xcukup sifat macam aku ni. (^_^)

Hah. Another things yang aku rasa bahagia is, mak bapak aku nampaknya semakin sporting. Haha. And the most thing is, aku rasa macam tak nak tinggalkan rumah je, macam walau aku nak pergi kerja jauh-jauh pasni, mesti aku rindu katil empuk dan internet 24hours kat rumah, sambil hidup bersenang-lenang tanpa perlu mengeluarkan peluh. haiisshh!

Baiklah, seperti tahun-tahun lepas, aku harap tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku harap apa yang aku doa tiap2 hari lepas sembahyang makbul lah hendaknya. Aku cuma harap yang terbaik dalam hidup walau aku tahu, aku tidaklah sebaik mana tapi aku harap aku boleh berikan yang terbaik dalam hidup. BOTB!


Ok!Selamat datang 2010, Selamat tinggal 2009!

Wednesday, December 30, 2009

the man

there is a story
about a young girl falling in love with a man
since her junior grade at school

she was so in love with that man
the way he think
the way he judge
and so much of personality influenced her

but,
she just a small tiny girl
hiding in dining room
with the candle light
just to read about him

but,
she just a little girl
and
she tried hard to understand
the way he talk
the way he think
and apparently she can't do the same

but,
she just a little girl

and then she grow up,
the man of her dream become far away,
she seems to lost the memory of the man

one day a friend ask her to watch the man,
she said "oh! pleasure"
even she knows that,
maybe he would not be the same as she read
when she just a little girl.


And the day comes,
she meet her men in life
and truly
she fall in love again
even it is just a movie
she fall in love
even it script
she fall in love
even a stupid move and reaction
she fall in love

*sigh*

And she grateful.




Sherlock Holmes is the best!

Tuesday, December 22, 2009

10 things I hate about you

I hate the way you talk to me
I hate the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat-boots
and way you read my minds
I hate you so much that makes me sick
and even makes me rhyme

I hate it
*sigh*

I hate it when you always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
and worse when you make me cry

I hate it when you are not around
and fact you didn't call

But mostly I hate that I didn't hate you
not even close
not even a little bit
not even at all

10 things I hate about you (1999)

Great poem isn't it?*sigh*

I heart this poem when I watch this movie alone, cause my sister going to KL for fun. Huh! Luckily, it's a nice story. Hey! Ade x sesape yang nak nyanyi tuk aku lagu "Cant Take My eyes Over you" sambil joget2 kat padang sekolah. Haha. Kadang-kadang cerita mcam ni buat girl-girl macam kita ni berangan dan nak over2 terlebih. Means, mesti kita akan impikan someone yang kita syang boleh wat perkara-perkara romantik2 macam tuh, tapi bile kita macam berharap dapat lelaki-lelaki macam tuh. sedangkan pakwe-pakwe kita seromantik tuh, kita akan kecewa. Huhu~ Dan kebanyakan lelaki-lelaki sangat tidak suka cerita romantik sebab itu, sebab kadang-kadang cerita-cerita romantik xmasuk akal. dan perempuan-perempuan pula suka bende-bende xmasuk akal ni, termasuklah membuat konsert kat padang semata-mata nk ajak perempuan tuh kuar dating. Haishh. kalau aku pon, kompem nk dating gn laki macm tuh. Wahaha!

Ok, berbalik pasal cinta-cinta ni, kadang-kadang susah nak tarik diri kita dari jatuh cinta kan? Sebab ye la, nak jumpe orang yang suka kat kita ape adenye, susah woo, kalau kita yang suke dia ape adenya rasanya banyak jek. Kire cinta bertepuk sebelah tangan la. Ada kawan aku yang aku rasa baru-baru ni putus cinta. Ops! Lupe. Akak aku pun baru putus cinta. Alasan putus xtahulah cume aku rasa, masing-masing dah bosan dengan perangai masing-masing. Akak aku bosan gn pakwe dia, pakwe dia bosan gn akak aku. Last-last clash. Huh. Selama 5tahun bercintan-cintan, mak bapak dah kenal dah, sekali putus. Haishh.. Pastu masing-masing tunjuk-tunjuk silap masing-masing. Time bercinta, semuanya indah-indah. Huh!

Aku sebenarnye frust tengok orang bercerai-bagai ni, sebab ye la kan. Kita dah penah tengok kawan kita bahagia dengan orang yang dia sayang, sekali tup-tup dengar cerita dah putus. Dulu bukan main lagi berkepit 24 jam, sekarang pandang muke pon dah xhinging Sume kisah-kisah zaman tok kadok pon siap ungkit. Hmm. Frust weh!

Ok, kepada korang yang bercinta-cinta, xpon kepada mereka yang dah berkahwin tapi dah mula rasa bosan dengan life masing-masing, aku nk suggest korang tgok 17 Again. Movie ni memang bagus, sebab, mesej dia simple. "Appreciate what you have, while you have it, cause when it's gone, U gonna miss it".



17 Again



Dan kepada sesiapa yang ingin berpisah ke bercerai berai ke, ingatlah saat2 anda bercinta, selak-selaklah album-album gambar lame2, carik balik apa yang hilang antara anda, bincang dan cuba kekalkan apa yang ada. Carilah saat yang paling indah, dan bina semula saat-saat itu. Lagi-lagi bila kita bercinta dengan orang yang kita suka. Kita yang pilih dia, kita yang mahu terima baik buruk dia. Kalau boleh, perpisahan itu biarlah perkara paling dibenci sekali. Biarlah itu menjadi langkah terakhir untuk memecah kebuntuan. Never say die, before you try!! (motto hidup aku..dulu!).

Tetibe entry ni jadik entry orang frust bercinta plak kan?hehe~Takde lah, cuma aku ni agak xsuka bila ade orang bercerai-berai ni. Tapi kadang-kadang hati dan perasaan ni memang xboleh nk dipaksa. Sebab bila kita dah tawar hati, yang manis pon dah xjadi manis jugak. Tapi itu semua depends atas individu tu sendiri. Sama ada nak kekalkan atau cari pengganti. Huhu~Tapi xpenat ke nk cari orang yang boleh knal kita macam orang yang sedia ada kenal kita.

Berkenalan itu payah jugak kadang-kadang, kadang-kadang rasa OK, kadang-kadang rasa takut, kadang-kadang rasa xpasti. contohnye kita ni da selalu-selalu msg2 dengan someone la kan, tapi bila kita dah lama-lama kenal dia, baru kita tahu, "owh, dia ni cuma nak cari kawan-kawan je", akhirnya kita macam frust sendiri jugak kan? Ataupun, "owh..dia ni masih suka kat ex dia yang lama", atau "owh, dia ni lum bersedia nak bercinta sebab ex dia yang lama tinggalkan dia, so dia belum rasa nak suka kat sapa-sapa", atau "Owh..dia ni sesuai untuk buat kawan jek, untuk jadi laki xsesuai langsung". Huhh. Kan susah tuh? So, baiklah kita sume-sume ni setia je pada orang yang boleh terima diri kita seadanya. Ok? Bercerai hidup itu xkool, baiklah bercerai mati. Baru abadi. (^_^).





Haha. Tetiba rasa malam ni entry merepek meraban kan?Aku rasa macam aku ni doktor cinta plak (sambil nyanyi lagu dokter cinta-dewa dewi).Huhu. Okla, rasanya aku perlu beradu, esok nak pergi berdating ke kedai laptop. Huhu~Anyone mahu teman saya pergi membeli belah, sila angkat kaki.Hehe!



Selamat Malam! Especially pada kamu yang berasa di atas bas, yang kompem tengah tidur dengan nyenyaknye. Hey!Semoga sampai dengan selamat..(^_^).. Take care!





Saturday, December 19, 2009

personality test..(^_^)

While berjalan-jalan di blog rakan-rakan, I ternampak sesuatu yang menarik. Thanks Diana for the link. So, Kawan-kawan, mari kita menilai diri kita. Even maybe bukanla accurate, tapi atleast, kita boleh kenal siapa kita kan??(^_^)

Here's the link for those who really interested to do the personality test. 99% accurate on me..(^_^)


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

**I love humourous people too**

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.



Wahh..Am i that person, but I think I'm not matured enough though. As I said, 99% True about me, about my dream job, about what most I fear -->FAILURE!..Truely, I dont like dissapointment. Huhu. But, the real me is seems not like above. This is the result about the real me. I think it 100% accurate.


  1. You don't really care about other people's feelings. You do things the way you want and usually think only about yourself. You are easy-going and love to have fun, but you can be irresponsible as well. You are not keen on serious discussions because they can make you remember that life isn't always about parties.
  2. You strictly follow rules (yes, sometimes i guess this statement is right.), and you expect other people to be the same as well. People can get tired of you easily, as you can make them feel a little guilty about themselves. You always make decisions on your own, and can be dismissive of other people's advice (sometimes, I ignore people advice..huhu.). You like to be the leader in groups, but can forget to be concerned about the people you are with.
  3. Your peers think of you as a fun person, but sometimes you can be a little irresponsible. You can be somewhat childish, and can try to ignore the fact that you will one day need to really grow up and be a mature adult! Perhaps you could start reading good books; they might help you look at the world in a different light. You do want to be taken seriously, right?
  4. Your boyfriend thinks that you are a real doll but this is not a totally positive thing. Sometimes you can be a bit too sweet, and come across as being helpless. If you're like this too frequently, your boyfriend and other people are likely to get tired of you having to rely on them all the time.
  5. You are a very serious person. You tend to be quiet and well behaved, and you don't have a great deal of self-confidence. You prefer to be alone rather than with friends and that could make you a little less interesting to certain types of guys. You are very attractive in an individual kind of way, and this means it can take people a little while to get to like you.
OMG!am the real me seems like this?Sometimes, of course I have this attitude especially the bold one. Some of my friend also complaint the same thing, so..I should start to renovate back my attitude kan??huhu..

Ok, another is my Personality Love style.

You are the type to fall quickly and passionately in love, but will commit to a person forever when this happens. When you choose to love someone, it's going to be a strong relationship and nothing will come between you and your lover. But beware: love can turn you blind, and the rest of the world might cease to exist while you are in that honeymoon phase. When you come down from your high, you may find you have neglected other people and things that you love.


Isn't that true? The truth is, I'm the person that easily falling in love with people, but I try to put some border to love someone, means, to not let myself easily fall in love with people, I set some high to let the chosen people pass on it. So with that, I'm not easily letting myself messing with wasting-time people. But, I dont put a border on friendship, cause friends may come and go, while I don't want my love to change. (Even, I've a tons of ex's..huhh)

Haha..Another truth is, I like this merepek2 thingy. You know it seems like nak bangge diri sdri tanpa sebab, and sometimes rasa diri kita ni sebenarnye mcm angel je kan??Yela, when personality test come out, sume macam bagus2 jek, tapi deep inside, sometimes people xdela sebaik itu pon, even diri sendiri pon xsebagus mana, banyak cacat cela jugak..huhu..

So..untuk kenal diri anda, silalah cube kuiz ini. Menarik! dan sila pastikan diri anda menjadi seperti personality test itu, means, amek yang baik, buang yang buruk.. Go go chaiyok kawan2...(^_^)



++Hati sedang berdebar-debar la, macam nak jumpe seseorang yang lame xberjumpe..Chewahh!++



P/s: akak aku sedang rasa diri dia bella dalam twilight..OHH MENN!!dan dia cakap dia nk jadi penyanyi??WTH??X rasa ke suara anda macam katak-katak memamnggil hujan?..hahh!one more thing, sila pakai braces ye kakak..hehehe!