Monday, November 9, 2009

rasa yg mati~

tiba-tiba pagi tadi, aku ada rasa lain mcam sikit, dari rasa girang tukar jadik hening..haha~aku dah agak, rasa ini akan datang punye..hmmm~

Aku ade satu masalah dalam diri aku yang bile aku suke kat org, tiba-tiba rasa suke itu akan mati dengan sendiri. Aku pun xpasti dengan rasa ini. Tiba-tiba aku gembira, tiba-tiba aku nak rasa jatuh cinta, tiba-tiba aku rasa di awang-awangan, dan secara tiba-tiba semua rasa itu mati..haha..plek bukan?

Aku rasa aku juga sedang mencari apa yang aku mahu dalam hidup, apa yang aku suka. Sisa takut masih ada dlam diri, yang batas perjalanan aku. Rasa takut buat aku lemah nk gapai bintang tinggi, dan rasa takut jatuh buat rasa "ingin" jadi mati. Perlukan aku buang takut ini, atau aku biar waktu tentukan segala??

Ada orang tanya, kenapa aku obses dengan superhero. Sebab aku rasa superhero aku akan tolong selamatkan dunia aku, akan ada waktu aku hilang percaya pada dri sdri, waktu aku roboh, waktu aku hancur, waktu aku girang, waktu aku senyum, dan semua waktu dia ada kat sisi aku. Tapi perjalanan nk mencarik superhero adalah seperti perjalanan merentas universe yang mana kalau xcukup peralatannya, akan cuma terawang-awang di langit yg zero graviti.

Aku xmau hidup dalam awang-awangan, aku mahu hidup pijak tanah. Aku rasa biar waktu tentukan hidup aku. Biar rasa ini mati sahaja...ok kan?

1 comment: